Tuesday, 22 October 2013

Tips fesyen untuk wanita yang rendah

Memiliki saiz badan yang kurang tinggi atau pendek biasanya menjadi halangan kepada seseorang wanita itu untuk mengaya sesuatu fesyen dan mengekspresikan fesyen tersebut dan ada sesetengahnya yang menggangap untuk kelihatan tinggi haruslah menggunakan kasut bertumit tinggi. 

Namun kini anda tidak perlu lagi menyusahkan diri anda memakai kasut bertumit tinggi hanya kerana mahu tampak tinggi kerana di sini kami ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana untuk kelihatan tinggi melalui pemakaian anda yang mana pasti ianya akan dapat meningkatkan lagi keyakinan diri anda dan percayalah untuk kelihatan tinggi tidak perlulah menyakitkan badan dengan menggunakan kasut tinggi kerana mengikut kajian pemakaian kasut tinggi tidak baik untuk kesihatan. 

Tip-tip yang boleh gadis di luar sana praktiskan untuk kelihatan tinggi bak model: 

Warna pakaian 
Elakkan pakaian dengan warna yang terlalu terang. Warna baju yang terlalu terang dan cerah akan semakin menyerlahkan bahagian- bahagian yang korang ingin sembunyikan. Warna baju hitam dan biru laut merupakan pilihan yang paling tepat untuk membuat tubuh kelihatan lebih ramping. Warna gelap pada bahagian bawah pakaian skirt atau seluar juga akan menambah kesan tinggi pada tubuh anda. 

Motif atau corak pakaian 
Pilihlah pakaian yang bercorak dan berukuran tebal kerana ia akan lebih efektif untuk menjadikan anda kelihatan lebih ramping. Oleh sebab itu, pilih motif garisan vertikal yang bergaris nipis dan berjarak agak rapat. Kalau boleh pakailah skirt blaus, t-shirt dan gaun bergaris kerana garis vertikal ini akan membuat tubuh anda nampak lebih tinggi. Untuk kelihatan lebih tinggi korang juga boleh pakai seluar yang panjang dan menutupi sampai ke bahagian kasut. 

Ukuran pakaian 
korang juga perlu mempertimbangkan ukuran pakaian yang anda gunakan. Banyak orang memilih pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar supaya kelihatan ramping. Ini adalah salah kerana pakaian yang terlalu ketat akan menampakkan kekurangan pada tubuh anda, sementara pakaian yang terlalu longgar hanya akan menutupkan kelebihan dan kekuatan yang boleh korang tonjolkan dan apabila ukuran pakaian yang sesuai tentunya akan menampakkan anda lebih tinggi. 

Skirt
Jika korang suka pakai skirt, jauhkan skirt yang terlalu pendek atau terlalu panjang. Skirt yang terlalu pendek akan membuat kaki Anda kelihatan lebih besar, sementara skirt yang terlalu panjang hanya akan menampakkan tubuh anda lebih kelihatan lebih gemuk. 

Postur 
Postur tubuh merupakan elemen yang sangat penting dalam penampilan seseorang. Yang dimaksudkan postur di sini adalah sikap dan pembawaan tubuh. Postur tubuh yang kurang baik tidak akan membantu korang untuk kelihatan lebih ramping. Selain itu, perkara tersebut juga menyerlahkan rasa tidak selesa dan kurangnya keyakinan diri. Sebab itu, berdirilah tegak jika korang ingin kelihatan lebih ramping dan yakinlah pada diri yang walaupun anda tidak tinggi tetapi sekurang-sekurang korang bijak berfesyen. 

Kesimpulannnya fesyen itu dapat membantu untuk korang nampak lebih tinggi dan juga fesyen itu boleh membantu anda nampak lebih menarik. Hakikatnya walaupun setinggi mana pun anda jika korang pandai mengayakan pakaian, pastinya akan kelihatan lebih elegan dan tinggi tanpa perlu mengenakan kasut tumit tinggi.

5 Makanan untuk mengurangkan risiko kanser payudara

Seperti yang kita sedia maklum, kanser payudara merupakan pembunuh nombor satu wanita di Malaysia. Pakar percaya gaya hidup yang berbeza dan tabiat makan tidak sihat merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada pembiakan sel kanser payudara terutama bagi wanita yang sudah menopaus. 

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika korang mula mengamalkan tabiat makan yang sihat bermula sekarang untuk mengurangkan risiko kanser payudara.Dibawah merupakan beberapa jenis makanan yang dapat membantu mengurangkan risiko kanser ini. 

Buahan dan sayur sayuran 
Buah buahan merah (lobak, tomato) oren dan sayur – sayuran yang kaya dengan karotenoid boleh mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 20 peratus. Karatenoid boleh didapati dalam tomato dan lobak merah. 

Ikan & kacang 
Menurut British Medical Journal, Asid lemak Omega 3 yang ditemui dalam ikan dapat meningkatkan sistem imunisasi seseorang dan juga melancarkan peredaran darah. Ia dapat mengurangkan risiko sebanyak 14 peratus . Asid lemak ini juga boleh ditemui dalam kacang seperti mentega kacang . 

Buah beri 
Strawberi dan rasberi mengandungi kandungan asid elagik yang tinggi. Asid elagik bukan sahaja membantu mengurangkan risiko mendapat kanser payudara, tetapi juga kanser kulit, pundi kencing dan paru – paru bermasalah. 

Makanan yang mempunyai vitamin D 
Vitamin D boleh didapati daripada kacang soya, badam atau susu. Makanan ini mempunyai kandungan Vitamin D yang tinggi. 

Bijirin
Bijirin kaya dengan serat. Penyelidikan membuktikan bahawa dengan mengambil 10 gram bijirini sehari dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 7 peratus.

Wednesday, 2 October 2013

13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut

Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.

Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.

1. Tarik Nafas

Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk

Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis

Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

4. Kenalpasti Yang Utama

Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

5. Buang Yang Tidak Penting

Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

6. Cukup Rehat & Tidur

Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi

Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.
Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

8. Kembali Kepada Alam

Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Lepaskan

Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

10. Kemas Ruang Anda

Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

11. Berkongsi Masalah

Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

12. Sedikit Lagi

Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

13. Buat

Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!

Wednesday, 26 June 2013

memuja pemilik keagungan

salam semua..di sini aku ingin berkongsi sesuatu dengan korang sumer..klu aku salah sila lah tegur..tapi kalau betol ambil lah buat pedoman hidup yea..okay :)
Sebagai khalifah di bumi terlalu banyak nikmat dan kemewahan yang allah telah berikan kepada kita.. Tanpa kita sedari nikmat dan kemewahan ini menjadikan kita takbur dan angkuh sesama insan lain.Sedangkan kita tidak layak.Mana tidaknya, segala-galanya daripada allah dan tidak ada satu pun kita miliki.
Allah : Pemilik segala keagungan.Dia yang layak untuk di puja oleh hamba-nya.Mana mungkin kita pakai baju seorang raja sedangkan kita bukan raja.Inikan pula Allah s.w.t.. kita bersifat dengan sifatnya.Sudah tentu mendatangkan kemungkaran Allah.
Ini telah di berikan amaran keras oleh Baginda s.a.w dengan bersabda yang bermaksud:
"tidak akan masuk syurga sesiapa  yang di dalam hatinya ada sebesar zarah daripada sifat takbur." (riwayat muslim)
Ayuh kita mencontohi Rasulullah.Baginda ialah insan yang diangkat darjatnya dan di janjikan syurga oleh Allah, namun Baginda tetap merendah diri sesama manusia.
Islam mengajarkan kita supaya merendah diri dengan segala kelebihan yang di pinjamkan oleh Allah.Sifat berbangga diri  boleh menghancurkan diri sendiri.Kita seolah-olah memiliki sesuatu yang bukan kita miliki, lalu kita membangga-banggakan..apakah kita tidak merasa malu?? ya, mesti malu kan..namun kenapa ia berlaku??
Kadangkala terlintas di hati, kita ialah insan hebat. Semua kejayaan 'aku hari ini adalah usaha aku selama nie.Apabila terlintas sebegitu, cuba kita renungi siapa yang memberi kita kudrat untuk berusaha? sudah tentu Allah.
Apa yang perlu kita lakukan sentiasa merasakan hanya Allah yang layak membangga diri dan merasa sempurna..kembalikan segala pujian dan pujaaan kepada Allah kerana Dia pemilik segala keagungan ! :)

# dipetik dari sebuah buku

syukur alhamdulilah

Aku SUSAH tapi ada yang LEBIH SUSAH dari aku,Aku DERITA tapi ada yang LEBIH DERITA dari aku,Aku SEDIH tapi ada yang lebih SEDIH dari aku,Aku SAKIT tapi ada yang LEBIH SAKITdari aku..,

Rupanya aku lagi BAHAGIA dari MEREKA,Rupanya aku lagi KAYA dari MEREKA,Rupanya aku lagi SENANG dari MEREKA,

dan Aku Bersyukur Dengan Apa Yang Aku Ada.. Alhamdulillah