salam semua..di sini aku ingin berkongsi sesuatu dengan korang sumer..klu aku salah sila lah tegur..tapi kalau betol ambil lah buat pedoman hidup yea..okay :)
Sebagai khalifah di bumi terlalu banyak nikmat dan kemewahan yang allah telah berikan kepada kita.. Tanpa kita sedari nikmat dan kemewahan ini menjadikan kita takbur dan angkuh sesama insan lain.Sedangkan kita tidak layak.Mana tidaknya, segala-galanya daripada allah dan tidak ada satu pun kita miliki.
Allah : Pemilik segala keagungan.Dia yang layak untuk di puja oleh hamba-nya.Mana mungkin kita pakai baju seorang raja sedangkan kita bukan raja.Inikan pula Allah s.w.t.. kita bersifat dengan sifatnya.Sudah tentu mendatangkan kemungkaran Allah.
Ini telah di berikan amaran keras oleh Baginda s.a.w dengan bersabda yang bermaksud:
"tidak akan masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya ada sebesar zarah daripada sifat takbur." (riwayat muslim)
Ayuh kita mencontohi Rasulullah.Baginda ialah insan yang diangkat darjatnya dan di janjikan syurga oleh Allah, namun Baginda tetap merendah diri sesama manusia.
Islam mengajarkan kita supaya merendah diri dengan segala kelebihan yang di pinjamkan oleh Allah.Sifat berbangga diri boleh menghancurkan diri sendiri.Kita seolah-olah memiliki sesuatu yang bukan kita miliki, lalu kita membangga-banggakan..apakah kita tidak merasa malu?? ya, mesti malu kan..namun kenapa ia berlaku??
Kadangkala terlintas di hati, kita ialah insan hebat. Semua kejayaan 'aku hari ini adalah usaha aku selama nie.Apabila terlintas sebegitu, cuba kita renungi siapa yang memberi kita kudrat untuk berusaha? sudah tentu Allah.
Apa yang perlu kita lakukan sentiasa merasakan hanya Allah yang layak membangga diri dan merasa sempurna..kembalikan segala pujian dan pujaaan kepada Allah kerana Dia pemilik segala keagungan ! :)
# dipetik dari sebuah buku
No comments:
Post a Comment