assalamualaikum n salam sejahtera kepada semua orang yang sedang baca blogger sy nie..
terima kasih sbb sudi singgah ke blog sy yg x seberapa nie..
sebelum masuk magrib nie sy nak kongsi sesuatu dengan korang semua..
sy harap apa yg sy nk sampaikan nie berguna dan bermanfaat kepada korang semua..
insyallah..amin
sebenarnya tujuan sy tulis blogger nie adalah bercakap pasal solat..
sebagai umat islam kita wajib menunaikan solat kerana solat itu tiang agama kita..
sy bagi contoh yea..coba korang bayangkan kalau rumah korang tanpa tiang macam mana kedudukan dia mesti x stabil kan..walaupun sy tau skunk nie ramai yg dok kat bandar..sy bagi contoh pada rumah atuk n nenek kita kat kampung lah..( jgn pertikaikan contoh sy uh)
okay berbalik pada contoh sy uh..btol kan apa yg sy ckap kan tuh..kalau setuju sila angkat..hehe..terima kasih atas kerjasama yg diberi sy hargai jasa baik korang uh..haha..
Makna solat dari segi bahasa adalah doa. Dan dari istilah syarak ialah solat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi pula dengan salam. Solat juga adalah suatu kewajipan yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam, tidak kira ianya miskin, kaya, hamba atau merdeka, lelaki mahupun wanita untuk melakukannya.
selain itu, Solat adalah sesuatu perkara yang kita nampak mudah untuk dilakukan, tetapi ia juga adalah perkara yang paling senang untuk orang meninggalkan tidak melakukannya. Adakala, banyak perkara berkaitan solat dan wudhuk yang sering diambil mudah. Sedangkan banyak perkara yang kita lupa dan mungkin tidak sempurna dilakukan. Andai wudhuk dan solat kita tidak sempurna mengikut rukun yang ditetapkan, bukankah ia menjadi sia-sia sahaja. Supaya kita dapat melakukan solat yang khusyuk, kita perlulah memahami setiap makna dalam bacaan sewaktu kita solat.
(Jom mantapkan memahami makna setiap bacaan dalam solat ^_^)
Setiap bacaan dalam solat adalah doa, sekiranya kita memahami makna yang dibaca, pasti hati kita akan tersentuh dan kita lebih yakin dengan doa yang dibaca. Rukun wudhuk dan solat yang wajib perlu kita ketahui. Supaya tidak ada yang tersalah memahaminya nanti.
Dan kalau kita renungi dan amati, bahawa ibadat solat yang kita lakukan lima kali sehari semalam dapat melahirkan beberapa sifat kemanusiaan yang unggul, antaranya:
Pertama - Sesungguhnya ibadat solat itu boleh melahirkan umat Islam yang terbaik, kerana ibadat solat dapat mendidik setiap individu memiliki peribadian yang cemerlang didunia dan akhirat.
Kedua - Solat juga boleh mencegah kita daripada melakukan perkara-perkara mungkar sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)
Ketiga - Solat itu dapat membantu kita sama ada dalam keadaan senang atau pun susah. Firman Allah SWT yang bermaksud,“Wahai sekalian orang-orang yang beriman!, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan ) sembahyang, kerana sesungguhnya allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman!, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang,kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”
Keempat - Solat mendidik dan melatih kita menjadi orang yang dapat menghadapi segala kesusahan dengan hati yang tenang dan sabar serta dapat menghilangkan tabiat sombong dan takabur. Ini kerana orang yang benar-benar mendirikan solat tidak sekali-kali takut akan kemiskinan dan keperitan hidup didunia ini.
Kelima - Solat boleh menghasilkan sifat tetap pendirian, mengekalkan kita dalam mengerjakan sesuatu kebajikan dengan memberi kekuatan, kemahuan serta menyuruh kita memelihara peraturan-peraturannya menguatkan sifat displin diri, berhati-hati dan tidak tergesa-gesa dalam mengambil sesuatu tindakan.
Keenam - Bagi menjadikan hati manusia itu baik dan bersih, ianya perlu dibasuh melalui ibadat solat, membaca al-qurannulkarim dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Ini dapat memberikan ketenangan hati serta melahirkan rasa cinta kepada Allah SWT, disamping akan memperolehi cahaya iman dengan penuh khusyuk dan tawaduk terhadap perintah allah dan larangannya
tpi bagi yg sihat tubuh badan adakala nya malu untuk melakukan solat.alangkah sombongnya korang sebagai makluk allah yang di cipta oleh allah swt.cuba lihat gambar dibawah ini seorang manusia yg lahir kurang upaya namun di gagahkan diri menyahut seruan allah dalam solat..korang bagaimana?? apa perasaan korang bila tgok gambar?? sedih dan sayu kan.
![[Image: solat%20dlm%20keadaan%20daif.jpg]](http://gempakz.org/images/upload_gambar2/solat%20dlm%20keadaan%20daif.jpg)
oleh itu, marilah sama2 kita membaiki diri kita yg tidak sempurna ini. biarlah kita nampak tak sempurna di mata manusia tetapi sempurna di mata allah..itu sudah cukup bagi kita..erm sebelum sy terlupa sy nk tambah juga menurut pengalaman diri sy bila kita solat kita akan rasa satu perasaan yg sukar yg di gambarkan dan bukan semua orang boleh dapat perasaan itu..perasaan itu adalah "ketenangan"..bukan semua boleh dapat perasaan ini..hanya orang yg jiwa nya tenang boleh dapat perasaan itu..insyaallah..Akhir kata, sy doakan semoga kita sebagai hamba allah perlu memperbaiki diri dan amalan kita. dan perlu kita ingat hidup ini hanya lah sementara dan seketika jadi janganlah kita sia-siakan.kelak kita di akhirat kita menyesal sudah tidak berguna..