Wednesday, 23 October 2013

5 Mitos diet yang menggemukkan

Tahukah korang bahawa strategi diet korang berkemungkinan tidak akan berhasil sama sekali? Di sini, sy ada menyenaraikan 5 mitos diet yang sebenarnya menghalang korang daripada mencapai berat badan yang korang inginkan.

Mitos diet #1: Soda diet bantu kurangkan berat
Kebanyakan soda diet mempunyai kalori yang rendah berbanding soda biasa kerana mereka tidak menggunakan gula seperti biasa. Masalahnya, ianya pemanis tiruan, yang mana telah dikaitkan dengan kenaikan berat badan. Mengapakah? Kajian menunjukkan bahawa pemanis tiruan merangsang deria rasa yang merasa kemanisannya dalam kerongkong dan perut. Untuk menghasilkan tenaga, pankreas perlu mengeluarkan insulin, satu hormon yang penting untuk mengumpul lemak badan. Pada masa yang sama, bahan kimia yang dihantar ke otak untuk isyarat kekenyangan menjadi keliru sama ada badan anda sebenarnya menerima kalori atau tidak. Oleh sebab badan korang 'ditipu' dengan pengganti gula, korang  akan mengidam lebih banyak makanan dan terdedah lebih mudah untuk makan berlebihan supaya kenyang. Hasilnya? korang  akan berasa lapar dan kurang kenyang, sekaligus menyebabkan pertambahan berat badan. 
Sebenarnya, pemanis tiruan 100 kali lebih manis daripada gula semula jadi dan ini sangat membimbangkan kerana makanan semula jadi manis seperti buah-buahan, tidak kelihatan manis untuk lelangit yang peka. Oleh itu, pilihlah alternatif yang lebih sihat, seperti segelas air lemon atau limau. 

Mitos diet #2: Lebih banyak kalori anda kurangkan, lebih banyak berat anda hilang
Kekurangan terlalu banyak kalori daripada diet anda boleh membawa kesan buruk pada pinggang anda. Ini kerana 3500 kalori bersamaan dengan kira-kira 1 paun lemak, jadi anda memerlukan untuk mengurangkan 3500 kalori melalui diet korang setiap minggu untuk kehilangan 1 paun seminggu. Oleh sebab itu, korang  perlu kurangkan 500 kalori sehari untuk kehilangan 1 paun seminggu. 
Bagaimanapun, menyekat badan daripada makan untuk berdiet akan mendedahkan badan anda ke dalam 'mod kebuluran', yang mana mencegah badan korang daripada membakar lemak yang tidak diingini. Mekanisme ini akan membuatkan badan mengambil beberapa kalori daripada lemak otot untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Lantas ini akan menyebabkan kehilangan otot yang mana akan memerlahankan kadar metabolik sekaligus menghentikan penurunan berat badan. 

Mitos diet #3: Pasta menjadikan anda gemuk
Ianya bukan salah pasta menjadikan korang gemuk tetapi jumlah pasta yang korang ambil. Jika korang makan apa sahaja makanan terlalu banyak, dan tidak melakukan senaman untuk membakarnya, badan koramg akan menyimpannya sebagai lemak. Jadi, sama ada roti atau pasta atau nasi, ianya sebenarnya tentang jumlah dan kalori tambahan yang korang ambil, bukannya karbohidrat. Kawal pengambilan makanan korang, itu kunci paling utama untuk medapatkan berat badan ideal. 

Mitos diet #4: Makan jam 8 malam akan menaikkan berat anda
Terdapat beberapa fakta yang betul tentang mitos ini. Pakar mencadangkan supaya tidak makan selepas pukul 8 malam kerana kajian menunjukkan bahawa korang akan lebih cenderung untuk makan terlalu banyak dan mengambil banyak kalori apabila korang makan lewat malam. Mungkin keletihan akan menyebabkan menyebabkan korang makan terlalu banyak makanan yang salah lantas menambahkan berat badan. 
Walau bagaimanapun, ia bukan masa pengambilan makanan yang membuatkan berat korang naik, tetapi kalori tambahan! Jika korang melebihi pengambilan kalori yang disyorkan untuk sehari, baki kalori yang tidak dibakar di dalam badan akan disimpan sebagai lemak. Oleh sebab itu, sentiasa berhati-hati dengan pengambilan kalori korang sepanjang hari. Pakar juga mengesyorkan untuk seorang wanita yang sihat, dia perlu mengambil antara 1800-2000 kalori sehari. 

Mitos diet #5: Mengurangkan makanan berlemak adalah satu alternatif yang sihat
Lemak ialah salah satu perkara yang membuatkan makanan rasa lebih enak. Apabila lemak dikeluarkan daripada makanan, terdapat banyak perisa turut dikeluarkan. Justeru itu, perasa tambahan seperti gula, bahan kimia dan 'thickeners' sering ditambah untuk meningkatkan rasa dan tekstur makanan. Namun, perasa tambahan ini lebih buruk untuk anda dan kadang-kadang hanya sebagai menggemukkan sebagai makanan penuh lemak. Kesimpulannya, korang disarankan untuk memilih makanan yang segar atau korang juga boleh membeli makanan yang mempunyai lemak tetapi ambilnya secara sederhana.

tips sorok kelemahan dalam berfesyen

Setiap insan pasti mengimpikan badan yang cantik, ramping dan tinggi namun hakikatnya tiada yang sempurna di muka bumi ini. Namun, dengan penggayaan fesyen yang bijak dan betul ianya mampu untuk menyembunyikan kelemahan-kelemahan seperti perut buncit, kurang tinggi dan sebagainya. 
Contohnya, bagi mereka yang memiliki badan yang berisi, jenis fesyen yang boleh digayakan ialah dengan skirt atau seluar yang bersaiz besar seperti baju labuh kerana ia mampu menonjolkan ilusi ramping pada diri korang ketika menggayakan dan sesungguhnya setiap wanita itu adalah cantik dan hanya perlu tahu dan cara untuk mencantikkannya. 
Di sini ada beberapa tips yang boleh di praktiskan untuk menutupi kelemahan: 

Tip yang pertama sekiranya korang seorang yang pendek dan mahu kelihatan tinggi, seelok-eloknya elakkan dari memakai gaun atau seluar yang berpotongan besar kerana skirt dan seluar yang besar akan menampakkan anda kelihatan lebih pendek. Tambahan pula, kemeja dan blaus yang panjang juga boleh menonjolkan kelemahan anda. Kepada lelaki yang pendek, korang boleh menggayakan aksesori seperti topi dan potongan rambut yang sesuai juga boleh menampakkan korang lebih tinggi. 

Tip kedua ialah jika korang mempunyai pinggul yang lebar dan besar, cara terbaik untuk menyorok kelemahan anda itu ialah dengan dengan pemilihan seluar yang tidak ketat dan elakkan juga dari memakai baju yang terlalu singkat kerana pemilihan seluar yang ketat tidak sesuai dipakai bagi mereka yang mempunyai pinggul yang lebar. 

Tip ketiga jika korang mempunyai perut yang buncit, korang bolehlah memilih rona pakaian atau warna baju yang gelap kerana ia dapat membuatkan korang kelihatan lebih ramping tanpa menggunakan korset. Rona pakaian hitam atau gelap mampu memberikan kesan 'slimming effect' kepada anda. Selain itu, perut buncit juga turut dialami oleh kaum lelaki dan kepada kaum adam elakkan 'tuck in' baju anda kedalam kerana cara itu ia akan menyerlahkan lagi kebuncitan anda. 

Harus diingatkan pemilihan gaya berfesyen bukan sekadar mengikut trend terkini tetapi juga kesesuaian diri dengan padanan busana agar tidak kelihatan pelik dan tidak perlu berbelanja lebih semata-mata ingin mendapatkan fesyen diingini kerana jika diberikan sedikit penambahan dan pengubahsuaian, ia mampu menyerlahkan kelebihan penampilan dan keistimewaan yang anda ada. Selamat mencuba!