" Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang di lakukannya kerana kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan.Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat " dipetik dari kata2 -josephconcard
harh apa yg korang dri petikan di atas uh?? huh skema nya ayat ak..hehe..ak nk bgtau senyuman yg terukir tidak sama dgn apa yg terdpt dlm hati..betapa pedihnya hati di dalam tidak siapa yang tahu..hanya ALLAH sahaja yang tahu, begitu juga dengan senyuman yang menawan dan gelak tawa.Tapi pada hati ada kesedihan dan kepiluan yg tersembunyi.Itulah ak yg bergelar insan..
sebenarnya ujian yg ALLAH berikan pada hambanya bukan bermakna untuk hambanya rasa ingin menyerah kalah..tapi ujian itu ada hikmahnya dan ak harus bermujahadah untuk menerimanya.
sebenarnya ak harus jujur dgn hatiku sendiri..harus kuat.msti tabah bertahan dan ak juga harus sabar untuk menanti bilakah hikmah dan rahmat ALLAH akan dtg..
walaupun seberat mana ujian itu tapi aku akan tetap meneruskan hidup ini dengan sabar dan reda kerana masih ramai lagi org yg menerima ujian yg lebih berat daripada ak..
di sini ingin ak mengingatkan pada diriku dan juga pada sahabatku2 semua ujian ALLAH itu sentiasa bertandang tiba..
pernah x korang fikir apakah tujuan ALLAH SWT mendatangkan ujian kepada HAMBANYA??
ujian adalah untuk menguji ketahanan iman seseorang terhadap dugaan zahir dan batin yang menimpa yang sudah pasti ada hubung kait dengan kehidupan yang kekal abadi di alam akhirat kelak..
ujian ALLAH juga datang kepada semua golongan.Baik kecil, besar, tua, muda, kaya,miskin, beragama islam atau kafir.Yang kaya teruji ! yang miskin juga teruji ! sama jea..Setiap ujian ada hikmah kebaikan daripada ALLAH SWT yang tidak dapat di cungkil oleh akal biasa manusia.
Dua Tujuan Besar Yang Tersirat Daripada Ujian ALLAH SWT
- untuk menghapus dosa jika ia seorang yang fasiq atau zalim.
- untuk meningkatkan darjatnya di sisi ALLAH SWT jika ia tidak berpunya dosa.
ringkasnya , ALLAH hendak beri pahala kepada orang yang sabar dan reda dengan takdir illahi.
Bentuk ujian yang di datangkan ALLAH SWT
- ujian berbentuk kesusahan seperti kemalangan, kematian, kebakaran, kesakitan, kekurangan wang, kegagalan, kehilangan dan sebagainya.
- ujian berbentuk kesenangan seperti nikmat tinggal di banglo mewah, menaiki pajero, atau mercedes, memiliki wanita cantik atau lelaki handsome, mendapat kuasa, menjadi masyhur dan sebagainya.
Daripada kedua2 bentuk ujian ini..ujian berbentuk nikmatlah yang paling sukar untuk di atasi.Hampir-hampir manusia boleh gelap mata dan lupa daratan..