Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.
Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.
1. Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.
2. Ambil Wudhuk
Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.
3. Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.
4. Kenalpasti Yang Utama
Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?
5. Buang Yang Tidak Penting
Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.
6. Cukup Rehat & Tidur
Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.
7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi
Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.
Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.
8. Kembali Kepada Alam
Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.
9. Lepaskan
Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.
10. Kemas Ruang Anda
Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.
11. Berkongsi Masalah
Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.
12. Sedikit Lagi
Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.
13. Buat
Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!

salam semua..di sini aku ingin berkongsi sesuatu dengan korang sumer..klu aku salah sila lah tegur..tapi kalau betol ambil lah buat pedoman hidup yea..okay :)Sebagai khalifah di bumi terlalu banyak nikmat dan kemewahan yang allah telah berikan kepada kita.. Tanpa kita sedari nikmat dan kemewahan ini menjadikan kita takbur dan angkuh sesama insan lain.Sedangkan kita tidak layak.Mana tidaknya, segala-galanya daripada allah dan tidak ada satu pun kita miliki.Allah : Pemilik segala keagungan.Dia yang layak untuk di puja oleh hamba-nya.Mana mungkin kita pakai baju seorang raja sedangkan kita bukan raja.Inikan pula Allah s.w.t.. kita bersifat dengan sifatnya.Sudah tentu mendatangkan kemungkaran Allah.Ini telah di berikan amaran keras oleh Baginda s.a.w dengan bersabda yang bermaksud:"tidak akan masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya ada sebesar zarah daripada sifat takbur." (riwayat muslim)Ayuh kita mencontohi Rasulullah.Baginda ialah insan yang diangkat darjatnya dan di janjikan syurga oleh Allah, namun Baginda tetap merendah diri sesama manusia.Islam mengajarkan kita supaya merendah diri dengan segala kelebihan yang di pinjamkan oleh Allah.Sifat berbangga diri boleh menghancurkan diri sendiri.Kita seolah-olah memiliki sesuatu yang bukan kita miliki, lalu kita membangga-banggakan..apakah kita tidak merasa malu?? ya, mesti malu kan..namun kenapa ia berlaku??Kadangkala terlintas di hati, kita ialah insan hebat. Semua kejayaan 'aku hari ini adalah usaha aku selama nie.Apabila terlintas sebegitu, cuba kita renungi siapa yang memberi kita kudrat untuk berusaha? sudah tentu Allah.Apa yang perlu kita lakukan sentiasa merasakan hanya Allah yang layak membangga diri dan merasa sempurna..kembalikan segala pujian dan pujaaan kepada Allah kerana Dia pemilik segala keagungan ! :)
# dipetik dari sebuah buku
salam semua..di sini aku ingin berkongsi sesuatu dengan korang sumer..klu aku salah sila lah tegur..tapi kalau betol ambil lah buat pedoman hidup yea..okay :)
Sebagai khalifah di bumi terlalu banyak nikmat dan kemewahan yang allah telah berikan kepada kita.. Tanpa kita sedari nikmat dan kemewahan ini menjadikan kita takbur dan angkuh sesama insan lain.Sedangkan kita tidak layak.Mana tidaknya, segala-galanya daripada allah dan tidak ada satu pun kita miliki.
Allah : Pemilik segala keagungan.Dia yang layak untuk di puja oleh hamba-nya.Mana mungkin kita pakai baju seorang raja sedangkan kita bukan raja.Inikan pula Allah s.w.t.. kita bersifat dengan sifatnya.Sudah tentu mendatangkan kemungkaran Allah.
Ini telah di berikan amaran keras oleh Baginda s.a.w dengan bersabda yang bermaksud:
"tidak akan masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya ada sebesar zarah daripada sifat takbur." (riwayat muslim)
Ayuh kita mencontohi Rasulullah.Baginda ialah insan yang diangkat darjatnya dan di janjikan syurga oleh Allah, namun Baginda tetap merendah diri sesama manusia.
Islam mengajarkan kita supaya merendah diri dengan segala kelebihan yang di pinjamkan oleh Allah.Sifat berbangga diri boleh menghancurkan diri sendiri.Kita seolah-olah memiliki sesuatu yang bukan kita miliki, lalu kita membangga-banggakan..apakah kita tidak merasa malu?? ya, mesti malu kan..namun kenapa ia berlaku??
Kadangkala terlintas di hati, kita ialah insan hebat. Semua kejayaan 'aku hari ini adalah usaha aku selama nie.Apabila terlintas sebegitu, cuba kita renungi siapa yang memberi kita kudrat untuk berusaha? sudah tentu Allah.
Apa yang perlu kita lakukan sentiasa merasakan hanya Allah yang layak membangga diri dan merasa sempurna..kembalikan segala pujian dan pujaaan kepada Allah kerana Dia pemilik segala keagungan ! :)
# dipetik dari sebuah buku
Aku SUSAH tapi ada yang LEBIH SUSAH dari aku,Aku DERITA tapi ada yang LEBIH DERITA dari aku,Aku SEDIH tapi ada yang lebih SEDIH dari aku,Aku SAKIT tapi ada yang LEBIH SAKITdari aku..,
Rupanya aku lagi BAHAGIA dari MEREKA,Rupanya aku lagi KAYA dari MEREKA,Rupanya aku lagi SENANG dari MEREKA,
dan Aku Bersyukur Dengan Apa Yang Aku Ada.. Alhamdulillah

DEMI TANGISANkenapa tangisan katakan apa salah tangisan.Tangisan lambang kelembutan.Pada saat gembira ku sambut dengan tangisan.Ketika kesedihan diiringi dengan tangisan.Ia adalah rahmat Tuhan.Dikurniakan kepada hamba pilihan.Bukanlah jenayah pada tangisan.Jenayah itu kalau menolak reda Tuhan.Menangislah wahai insan.Insan yang hebat ada pada tangisan.MENCARI KELEMBUTAN ILAHI PADA KEKERASAN TAKDIRTakdir Tuhan yang menimpa manusia.Amat keras rasanya.Boleh membawa kepada putus asa.Namun pada kekerasan ada kelembutannya.Kelembutan dan kasih dari Maha Esa.Lihatlah doctor yang membedah manusia merobek dan memotong badanya.Tidak di hiraukan kekerasan yang menimpa asalkan penyakit binasa.Itulah kelembutan pada kekerasannya.Apakah Tuhan tidak kasihan pada hambanya.Membiarkan hambanya berduka.Dalam penderitaan yang menimpa kasih dan kelembutan Tuhan di rasa oleh mereka yang mengetahui hikmahnya
# di petik dari sebuah buku#baca lah dengan penuh mghayatan..# Insyallah korang akan temui maksud yg tersirat dan tersuratnya..
DEMI TANGISAN
kenapa tangisan katakan apa salah tangisan.Tangisan lambang kelembutan.Pada saat gembira ku sambut dengan tangisan.Ketika kesedihan diiringi dengan tangisan.Ia adalah rahmat Tuhan.Dikurniakan kepada hamba pilihan.Bukanlah jenayah pada tangisan.Jenayah itu kalau menolak reda Tuhan.Menangislah wahai insan.Insan yang hebat ada pada tangisan.
MENCARI KELEMBUTAN ILAHI PADA KEKERASAN TAKDIR
Takdir Tuhan yang menimpa manusia.Amat keras rasanya.Boleh membawa kepada putus asa.Namun pada kekerasan ada kelembutannya.Kelembutan dan kasih dari Maha Esa.Lihatlah doctor yang membedah manusia merobek dan memotong badanya.Tidak di hiraukan kekerasan yang menimpa asalkan penyakit binasa.Itulah kelembutan pada kekerasannya.Apakah Tuhan tidak kasihan pada hambanya.Membiarkan hambanya berduka.Dalam penderitaan yang menimpa kasih dan kelembutan Tuhan di rasa oleh mereka yang mengetahui hikmahnya
# di petik dari sebuah buku
#baca lah dengan penuh mghayatan..
# Insyallah korang akan temui maksud yg tersirat dan tersuratnya..
hi korang..apa khabar sumer?? lama dh x dgr khabar..ak kt sini pn alhamdulilah sihat jugak lah..hehehe..ak doakan korang sumer dalam keadaan sihat n sejahtera..ak sbnarnya da kat kg..cuti final sem..stelah ak bertungkus lumus study dlm exam..mcm2 dugaan yg ak lalui sebelum nk final..cthnya last2 minute ak kena tukar company untuk di interview..sbaik lah ada mak lang yg tolong ak..klu x da mak lang x tau lah mne ak nk mintak tolong mukin mati akal ak jdi nya..haha..dan x lupa jgak berterima kasih kepada paksu (adik mak lang) yg memberi kerjasama dlam myiap segala tugasan..dh kumpul2 maklumat uh kteorg pn apa lgi menjalankan lah kerja wat report pulak lpas uh wat slide show untuk di bentang di hadapan klas..alhamdulilah madam n kwn2 puas aty dgn hasil kerja kami..huh lega..berakhir sumer di situ..opss tunggu dulu blom lgi berakhir sebenarnyaa..kena prepare plak untuk exam..kena study hard untuk subjek financial accouting 4..sbaik lah ada kwn2 yg bnyk membantu..klu ak sorang mati akal lah jwbnya..kebetulan plak miss nk wat kelas..alhamdulilah sedikit sebnyk dpt menampung kekurangan yg ada..tiba di hari exam..syukur sgttt apa yg ak wat exercise uh kuar..next exam ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM(AIS)..subjek nie lebih kepada teori..huh ak nie klu bab2 teori lah pling lemah2..ak bca buku..tpi x tau lah msuk ke x..agak frust jgak lah di situ..last paper MANAGEMENT ACCOUNTING(MA)..ak cuma ada masa 2 hari je untuk study subjek nie..alhamdulilah time exam ak berjaya jwb..syukur sgt..skunk nie ak hnya mampu berdoa semoga pemeriksa kertas paper ak uh lembut hati dan permudahkan dia untuk menanda kertas ak n kwn2 ak..insyallah :)