Tuesday, 21 October 2014

i'm back

assalamualaikum..wah dah lama tak update beblog ! haah bukannya sengaja tak nak update cuma sekarang aku dah buzy dengan kerja. 
lgipun tak da idea sangat nak celetoh dalam bloggg ni.. hehehe 
okay harinie aku nak celetoh pasal kerja aku
buat sementara waktu nie aku kerja dekat tempat kerja lama aku dulu yang pernah aku kerja selepas spm tu..
so far okay la.. cuma penat sikit.. 
normal la tu 
klu dah kerja dekat pasar raya..
dengan layan kerenah yang cerewet la, terlebih peramah , mcm macam lagi
tapi balik kerja mesti kaki lenguh punya
dah la aku pergi kerja naik basikal
tak pe yang penting point aku nak kurus kan badan tu harap menjadi lah yea..

Friday, 20 June 2014

suri rumah sepenuh masa


assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger..
jeng jeng jeng jeng jeng
mesti korang pelik dengan entri kali nie
sengaja je kasi gempak
hahaha
okay back to point sebenarnya aku tulis blog nie sebab aku nak bagitahu menjadi seorang suri rumah sepenuh masa bukan semudah yang kita sangka kan. korang mesti fikir senang kan.
yelah apa susahnya bangun pagi,  buat breakfast, cuci baju, kemas rumah, dan sebagainya
tapi pernah tak korang fikir dari sudut yang lain. 
sudut yang mana setiap hari kena fikir apa breakfast yang nak di sediakan. lepas baju bertimbun kena cuci.kan penat tu. tak semudah yang kita sangka..hehe..
macam tu lah yang aku lalui setelah 2 bulan aku duduk dekat rumah. rutin harian aku macam tu la. kalau ibu kena kerja pagi aku kena bangun awal untuk tolong ibu siap kan breakfast adik. mula-mula nak biasa kan diri tu susah sikit lah. bayangkan walau belajar dulu tak payah  kena bangun awal dan tak payah nak sediakan breakfast pun. tapi itu lah kerja terbaru aku selepas abis belajar. best jugak kerja macam nie daripada bosan tak da keja langsung . apa yang bestnya duduk dekat rumah sendiri bebas nak buat apa sahaja. aku bebas nak makan apa saja. tanpa perlu cari makanan sendiri untuk makan..haha. aku berjanji pada diri aku untuk jadi suri rumah sepenuh masa yang berjaya * poyo kan
lagi satu nak cakap aku tabik hormat la pada mak2 yang jadi suri rumah sepenuh masa tu. sesungguhnya suri rumah ni lah kerja yang paling mulia. iya memang kita tahu tugas suri rumah ni tak diiktirafkan sebagai satu kerjaya. okay u alls doakan aku berjaya menjadi seorang suri rumah sepenuh masa yang berjaya..haha * gedik kan


4/4/2014


assalamualaikum
apa khabar blogger semua??
aku harap korang berada dalam keadaan sihat je..insyallah..amin
mesti korang pelik kan kenapa tetiba aku update pasal tarikh tu
tarikh tu adalah tarikh terakhir aku belajar di kolej islam..
dan selepas nie aku akan menjadi suri rumah sepenuh masa.
last word aku nak ucapakan ribuan terima kasih kepada semua lecterur yang pernah ajak aku secara langsung mahupun bukan secara langsung...cewahh ayat boombastik tol * betol kot macam tu ejaannya
terima kasih juga kepada kawan2 yang ada sepanjang perjuangan aku belajar di sini..
aku doakan kan korang berjaya di luar sana.
dan yang penting jangan lupa aku tau..
*sob sob sob sedihnya :'(

muka happy sebab dah habis belajar..yahooooo..
hehehe

Sunday, 2 February 2014

lepak umah akma 'bam bam'

assalamualaikum n salam sejahtera semua..
entry dh lama terperam..bru sekarang nak update..hehe
entry kali ini pasal sy lepak kt umah bff sy, akma (bkn nama sebenar)..

disebabkan sy x tau nak membebel apa..
sy tepek je lah gambar kiteorg yg comel2
for you information kiteorg klu jumpa mmg mengilaa sikit
bukan sikit rasanya bnyk laa..
haha

senyum! senyum jgn x senyum..hehe

peace yoo

alo alo cute nya kwn2 sy..

comel kan kami..hehe

di atas tangga

gaya masing2..hehe

kwn baik dri tingkatan 1 smpai sekarang..insyaallah 

fokus on camera..haha

x nak kalah posing uh..heee

with mizah yg comel

me with mizah














okay lah itu je lah serba sedikit pasal kwn2 sy..hope hubungan persahabatan kami sampai ke akhir hayat..
*opss sebelum terlupa kwn sy lagi seorg noraini ibrahim..x dapat join lepak sekali sebab dia keja..
dont worry dear, noraini
next time kita kumpul lagi yea..
jgn sedih2 tau..
waalaikumsalam 




solat lah kamu sebelum kamu di solat kan!

assalamualaikum n salam sejahtera kepada semua orang yang sedang baca blogger sy nie..
terima kasih sbb sudi singgah ke blog sy yg x seberapa nie..
sebelum masuk magrib nie sy nak kongsi sesuatu dengan korang semua..
sy harap apa yg sy nk sampaikan nie berguna dan bermanfaat kepada korang semua..
insyallah..amin
sebenarnya tujuan sy tulis blogger nie adalah bercakap pasal solat..
sebagai umat islam kita wajib menunaikan solat kerana solat itu tiang agama kita..
sy bagi contoh yea..coba korang bayangkan kalau rumah korang tanpa tiang macam mana kedudukan dia mesti x stabil kan..walaupun sy tau skunk nie ramai yg dok kat bandar..sy bagi contoh pada rumah atuk n nenek kita kat kampung lah..( jgn pertikaikan contoh sy uh)
okay berbalik pada contoh sy uh..btol kan apa yg sy ckap kan tuh..kalau setuju sila angkat..hehe..terima kasih atas kerjasama yg diberi sy hargai jasa baik korang uh..haha..

Makna solat dari segi bahasa adalah doa. Dan dari istilah syarak ialah solat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi pula dengan salam. Solat juga adalah suatu kewajipan yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam, tidak kira ianya miskin, kaya, hamba atau merdeka, lelaki mahupun wanita untuk melakukannya.
selain itu, Solat adalah sesuatu perkara yang kita nampak mudah untuk dilakukan, tetapi ia juga adalah perkara yang paling senang untuk orang meninggalkan tidak melakukannya. Adakala, banyak perkara berkaitan solat dan wudhuk yang sering diambil mudah. Sedangkan banyak perkara yang kita lupa dan mungkin tidak sempurna dilakukan. Andai wudhuk dan solat kita tidak sempurna mengikut rukun yang ditetapkan, bukankah ia menjadi sia-sia sahaja. Supaya kita dapat melakukan solat yang khusyuk, kita perlulah memahami setiap makna dalam bacaan sewaktu kita solat. 
(Jom mantapkan memahami makna setiap bacaan dalam solat ^_^)
Setiap bacaan dalam solat adalah doa, sekiranya kita memahami makna yang dibaca, pasti hati kita akan tersentuh dan kita lebih yakin dengan doa yang dibaca. Rukun wudhuk dan solat yang wajib perlu kita ketahui. Supaya tidak ada yang tersalah memahaminya nanti.

Dan kalau kita renungi dan amati, bahawa ibadat solat yang kita lakukan lima kali sehari semalam dapat melahirkan beberapa sifat kemanusiaan yang unggul, antaranya:

Pertama - Sesungguhnya ibadat solat itu boleh melahirkan umat Islam yang terbaik, kerana ibadat solat dapat mendidik setiap individu memiliki peribadian yang cemerlang didunia dan akhirat.

Kedua - Solat juga boleh mencegah kita daripada melakukan perkara-perkara mungkar sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Ketiga - Solat itu dapat membantu kita sama ada dalam keadaan senang atau pun susah. Firman Allah SWT yang bermaksud,“Wahai sekalian orang-orang yang beriman!, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan ) sembahyang, kerana sesungguhnya allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman!, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang,kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”

Keempat - Solat mendidik dan melatih kita menjadi orang yang dapat menghadapi segala kesusahan dengan hati yang tenang dan sabar serta dapat menghilangkan tabiat sombong dan takabur. Ini kerana orang yang benar-benar mendirikan solat tidak sekali-kali takut akan kemiskinan dan keperitan hidup didunia ini.

Kelima - Solat boleh menghasilkan sifat tetap pendirian, mengekalkan kita dalam mengerjakan sesuatu kebajikan dengan memberi kekuatan, kemahuan serta menyuruh kita memelihara peraturan-peraturannya menguatkan sifat displin diri, berhati-hati dan tidak tergesa-gesa dalam mengambil sesuatu tindakan.

Keenam - Bagi menjadikan hati manusia itu baik dan bersih, ianya perlu dibasuh melalui ibadat solat, membaca al-qurannulkarim dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Ini dapat memberikan ketenangan hati serta melahirkan rasa cinta kepada Allah SWT, disamping akan memperolehi cahaya iman dengan penuh khusyuk dan tawaduk terhadap perintah allah dan larangannya

tpi bagi yg sihat tubuh badan adakala nya malu untuk melakukan solat.alangkah sombongnya korang sebagai makluk allah yang di cipta oleh allah swt.cuba lihat gambar dibawah  ini seorang manusia yg lahir kurang upaya namun di gagahkan diri menyahut seruan allah dalam solat..korang bagaimana?? apa perasaan korang bila tgok gambar?? sedih dan sayu kan.
[Image: solat%20dlm%20keadaan%20daif.jpg]

oleh itu, marilah sama2 kita membaiki diri kita yg tidak sempurna ini. biarlah kita nampak tak sempurna di mata manusia tetapi sempurna di mata allah..itu sudah cukup bagi kita..erm sebelum sy terlupa sy nk tambah juga menurut pengalaman diri sy bila kita solat kita akan rasa satu perasaan yg sukar yg di gambarkan dan bukan semua orang boleh dapat perasaan itu..perasaan itu adalah "ketenangan"..bukan semua boleh dapat perasaan ini..hanya orang yg jiwa nya tenang boleh dapat perasaan itu..insyaallah..Akhir kata, sy doakan semoga kita sebagai hamba allah perlu memperbaiki diri dan amalan kita. dan perlu kita ingat hidup ini hanya lah sementara dan seketika jadi janganlah kita sia-siakan.kelak kita di akhirat kita menyesal sudah tidak berguna..

Thursday, 30 January 2014

khasiat telur yang korang x tahu..hehe ^_^



salam n hi blooger semua..hari nie sy nak kongsi sesuatu dengan korang semua..
sy nak kongsi dengan korang pasal telur..mesti korang tertanya2 kenapa sy nak cakap pasal telur..kalau nak tahu lebih lanjut baca lah artikel nie..
sy harap korang enjoy yea..hehe

Telur adalah salah satu makanan yang paling mudah untuk ditemui di mana-mana. Namun tahukah korang bahawa telur yang biasa korang makan setiap hari memiliki banyak manfaat dan kegunaan yang baik untuk tubuh badan, dan juga boleh dimanfaatkan untuk kecantikan. 

  • Telur menghilangkan jerawat
    Untuk menghilangkan jerawat mudah sahaja. Caranya gunakan putih telur dan sapukan di wajah korang, kemudian biarkan selama beberapa minit sebelum bilas. Ia bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat, malah ia akan membuat kulit lebih lembut dan anjal. 

  • Baik untuk mata
    Telur juga mempunyai khasiat yang bagus untuk mata. Ini kerana Karotenoid yang ada pada kuning telur, khususnya Karotenoid lutein danzeaxanthin, sangat bermanfaat bagi kesihatan mata. Menurut para penyelidik, Karotenoid dapat menurunkan risiko penyakit 'age-related degeneration' dan katarak. Zat ini berfungsi sebagai antioksidan untuk mata, melawan radikal bebas yang dapat meresap ke beberapa bahagian pada retina sehingga dapat mempengaruhi kemampuan mata untuk fokus. 

  • Menjaga berat badan agar tetap sihat
    Telur adalah sumber terbaik dari protein lengkap yang mengandungi semua asid amino esensial bagi tubuh manusia. Telur dapat membantu mengawal tubuh menyerap kalori. Telur mempunyai kandungan gizi yang tinggi dan baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan. 

  • Telur baik untuk rambut dan kuku 
    Telur juga mampu menjaga kesihatan rambut dan kuku anda kerana telur mengandungi sulphur yang tinggi, dan mempunyai pelbagai vitamin serta mineral.

okay itu lah serba sedikit yang boleh sy kongsi dengan korang semua..hehe :)

Bersedia Menerima Ujian

Awan putih berlangitkan sebiru warna, menambahkan keindahan alam semulajadi. Kecantikan alam yang tiada taranya menyaksikan pelbagai acara pementasan hidup yang beraneka gaya. Maha suci Allah yang menciptakan manusia yang berpasangan begitu juga makhluk Allah yang lain turut memenuhi pelusuk bumi.
Alhamdulillah, kita masih bernyawa menunaikan segala perintahnya, akur dengan ketentuan illahi walaupun penuh dengan pancaroba. Seringkali hidup dicabar dan diuji namun terus berdiri gagah dengan pertolongan Allah SWT.
Mengharungi hari demi hari membuat kita tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa kecil mahupun besar terpendam dilubuk hati dan adakalanya membentuk pelbagai rasa. Pernahkah kita memohon keampunan dariNya? Saya yakin kita sebagai hamba diberikan naluri untuk mengetahui akan dosa-dosa yang dilakukan walaupun tanpa sedar.
Adakah kita insaf?
Sekiranya keinsafan masih menebal pada diri, sebenarnya kita masih lagi menyirami iman kita dengan baja keampunan dari Allah SWT. Jika tidak, jangan dibiarkan dosa-dosa itu menjadi sebati dan kekal selamanya pada hati nurani kerana dari situlah ‘air muka’ kita akan terbentuk dengan perkara-perkara yang sebenarnya datang dari hati kita sendiri.
Oleh itu, jagalah hati dan kasihanilah kerana dia juga makhluk Allah seperti kita. Tugasnya sangat berat untuk mengawal manusia dari melakukan dosa. Kalau hati kita baik, baiklah kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi. Jika tidak, hati kita akan melakukan sesuatu yang tidak mungkin dijangka.
Tahap iman dalam diri.
Disaat dan ketika ini, ada dikalangan kita mengatakan bahawa apabila seseorang itu dipenuhi dengan iman dan taqwa pastinya berpegang teguh dengan agamanya. Mana mungkin manusia yang bersifat baharu ini tidak akan diuji walaupun hidupnya diselubungi dengan kemewahan melimpah ruah.
Ada juga menyatakan yang menutup aurat itu hidupnya akan menjadi kebal dengan nafsu kerana badannya dilitupi dan tidak akan mudah melakukan dosa berbanding mereka yang tidak berhijab atau tidak menutup aurat.
Dari pandangan saya, bukan mudah untuk memelihara iman, kerana iman kita ini ibarat daun-daun yang berguguran, apabila ia dipukul angin ia akan berterbangan mengikut arus angin. Sesungguhnya, iman itu tidak bersifat kekal dan sentiasa berubah-ubah.
Ada suatu masa kita rasakan hidup ini sangat dekat dengan Allah SWT dan adakalanya tidak. Itulah manusia yang Allah ciptakan, hatinya sentiasa bermain-main dengan perasaan. Kadangkala dengan iman kita terasa indah dan lama kelamaan iman itu semakin hilang dan menjadikan kita manusia yang alpa kepada Allah SWT. Ini kerana keteguhan kita terhadap iman masih diawang-awangan dan menganggap tiada kepentingan dalam mengekalkan iman di dalam diri.
Setiap saat diuji.
Tidak akan senang manusia itu kalau hidup tidak pernah diuji. Sekiranya sentiasa aman dan bahagia kemungkinan kitaran kehidupan kita ini akan kehilangan sesuatu yang dikatakan “ujian dan dugaan”.
Ya, saat kita diuji adakah kita sedar akan ujian diberikan? Manusia sentiasa leka dengan kesibukan dunia sehingga lupa kepentingan akhirat yang perlu diutamakan. Apa yang mereka ingat adalah nikmat dunia. Sehingga manusia menjadikan dunia itu sebagai tongkat untuk berdiri sedangkan yang menjadikan mereka berdiri dengan gagah itu adalah dari Allah SWT. Biarlah diri kita diuji, Allah mahu membersihkan kita dari segala kekotoran yang menyelubungi dari segenap sudut pada anggota badan kita iaitu hati.
Serah diri padaNya.
Saat menadah tangan pohonlah keampunan kepada Allah, berdoalah dengan penuh pengharapan agar kita diampunkan dari segala dosa-dosa yang lalu. Biarlah air mata sepi menjadi saksi tanda kita takut kepadaNya. Beristighfarlah, kerana banyak hikmah terkandung disebalik makna-makna yang diucapkan.
Yakin dan percaya dengan kewujudan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Jangan lalai mahupun leka kerana kematian sentiasa menghampiri.
Beriman kepada Allah SWT adalah satu landasan yang merupakan penjuru disetiap kehidupan. Walaupun iman tidak boleh diwarisi tapi boleh menjadi benteng dalam menghadapi pelbagai keresahan hidup.
Berdoalah kerana dengan doa, Allah akan mendengar segala keluhan kita kerana tuhan tahu apabila kita melakukan dosa kita akan kembali mengadapNya. Perbaikilah diri dengan kesalahan serta kesilapan yang kita lakukan. Perelokkan nawaitu kita untuk kembali bertaubat dan bersujud padaNya.
Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat-ayat Allah iaitu al-Quran yang merupakan surat cinta yang diutuskan kepada hamba-hambanya.
Cinta Allah akan kekal dihati, kewujudanNya dapat dirasai, hadirNya bagaikan merentap sanubari.
“Ya Allah, aku bersedia menerima segala ujian dan dugaan-MU”.

blind date

 heyyy blogger sumer..apa khabar korang?? sy harap korang berada dalam keadaan yang sihat2 sahaja. malam nie tertiba rasa macam nak berceloteh pasal blind date..korang tau x apa maksud blind date..mesti ada yang tau dan ada yang tak tahu..
kepada yang tak tahu blind date tuhh bermaksud temu janji antara lelaki dan perempuan yang tidak pernah berjumpa..  
yesss! jelas an maksud blind date uh..nak saya explain lebih2 ke..haha 
Sebenarnya hari sy da lah blind date dengan seseorang.. perghhh mula2 uh berdebar jugak lah..lepas lama2 borak uh okay ah sikit..hehe 
sy percaya setiap orang mesti ada pengalaman blind date kan..hehe 
macam sy nie lah first time blind date..huru hara jugak la jdinya..haha 
apa yang penting sy nk bgitahu ialah berhati-hati bila blind date.. 
jangan mudah sangat percaya dgn orang yea! 

Wednesday, 29 January 2014

Cinta Ditolak atau Putus Cinta ??

Istilah ini sering kita dengar bukan? Ianya ibarat satu perkara norma dalam kehidupan ini. Setiap individu pasti punya cara tersendiri untuk melalui saat-saat ketika mana cinta ditolak dan juga putus cinta. Adakalanya, kita merasakan terlalu sakit, down, sedih dan banyak lagi perasaan yang negatif ini muncul disanubari. Memang ianya tidak dapat dinafikan. Saya juga seperti anda, pernah melalui saat-saat yang menyakitkan ini. Kadang-kadang, saya merasa seperti “mayat hidup”. Mencari-mencari bilakah waktu kesedihan ini akan sampai ke akhirnya? Adakalanya seperti sudah tiada jalan penyelesaiannya. Ramai individu, rakan-rakan di sekeliling yang memberi nasihat, namun kadang-kadang nasihat mereka mungkin menambahkah kesakitan luka di hati yang mana di ibaratkan mencurahkan lagi cuka di atas tempat yang luka itu. Sakit dan perit itu kian terasa. Betul kan? Ya, saya juga seperti anda. Pernah melalui semua ini. Jika hari ini anda merasakan semua itu, saya di sini ingin mengajak anda bangun bersama saya, berdiri dan melangkah meneruskan kehidupan ini. PUTUS CINTA? CINTA DITOLAK? itu bukan pengakhiran hidup kita. Inilah yang Allah hadiahkan untuk kita iaitu ujian. Mengapa Dia anugerahkan semua ini buat kita? Hanya satu jawapannya.
KERANA DIA SAYANG PADA KITA, DIA INGIN KITA KEMBALI PADA-NYA, MENGADU KEPADA-NYA.
Cinta itu satu fitrah. Tidak ada siapa pun yang dapat menghalang hati kita ini untuk mencintai dan di cintai. Setiap individu pasti inginkan semua ini. Namun, dunia kini, ramai yang mewarnai cinta dengan perkara-perkara ilusi dan fantasi. Kebanyakan daripada kita, apabila bercinta pasti ingin ber dating, bermesej, bergayut sehingga lewat malam di telefon. Dan adakalanya terpaksa berhabis duit untuk mereka yang kita cintai ini. Untuk memberi hadiah kepada orang yang dicintai ini tidak salah, tetapi yang dimaksudkan berhabis duit ini adalah apabila kerap kali keluar dating, SMS dan juga bercakap di telefon sepanjang hari. Bukan kah ini satu pembaziran? Inilah fenomena cinta masa kini.
Saat ini, detik ini, mari kita singkap kembali apa itu cinta pada kita? Apakah maksud ‘cinta’ yang kita terapkan dalam jiwa kita ini? Adakah cinta itu apabila saling ambil berat, berduaan dan bermesra sebelum akad di lafazkan? Saya juga muhasabah diri tentang definisi cinta yang saya bawa sejak dulu. Namun kini saya sedar, sekiranya CINTA, pasti saya ingin orang yang saya cinta itu bersama saya berada di syurga, menuju ke syurga Ilahi. Mustahil jika kita menyatakan kita menyayangi dan mencintai insan tersebut, tetapi pada dasarnya kita membawa dia atau menolak dia ke dalam api di mana api itu terlalu panas berbanding di dunia ini yakni neraka jahanam. Jadi di sinilah, kita harus perbetulkan istilah cinta yang kita bawa kerana cinta itu adalah sesuatu yang cukup suci. Jangan kotorkan cinta itu dengan sesuatu yang tidak baik.
Kemudian, apa perlu buat jika cinta di tolak atau putus cinta? Ambil alkohol? Merokok? Bunuh Diri? Dan ada juga yang sanggup merubah keadaan jantina masing-masing. Untuk apa kita lakukan semua itu? Kita punya agama dan kita hidup bertuhan.
Ya, putus cinta atau cinta ditolak itu sangat perit dan sakit. Saya sendiri merasakan semua itu. Apabila terbangun dari tidur, tidak lain dan tidak bukan hanya satu impian saya agar menjadikan kesakitan itu hanyalah mimpi. Namun, jika berbalik kepada definisi cinta yang baru sahaja kita cipta sebentar tadi, wajarkah seseorang perempuan atau lelaki yang ingin ke syurga itu perlu bersikap lemah? Sedangkan dalam ayat 2 surah al-ankabut, Allah menyatakan;
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedangkan mereka tidak di uji? “
Jadi daripada apa yang ada dalam ayat itu, jelas lah kita akan di uji. Namun bagaimana untuk kita melalui ujian ini lah yang harus kita fikirkan. Saya juga insan yang lemah. Tetapi saat ini, kita harus sama-sama membina diri kita. Mungkin dengan putus cinta atau cinta ditolak ini, Allah ingin kita mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan iman kita. Dulu sebelum terjadi kesedihan ini mungkin kita jarang sekali baca Al-Quran, Solat Sunat Malam dan berjemaah di Surau. Oleh itu, ambil lah peluang ini untuk kita kembali kepada-Nya secara istiqomah. Walaupun tidak mampu melakukan ibadah itu dengan kadar yang lebih, lakukanlah yang termampu dan istiqomah. Kerana Allah swt lebih suka jika kita istiqomoh melakukan ibadah daripada melakukan secara berlebihan tetapi tiada istiqomah. Jadi, ini lah jalan utama untuk kita bina diri kita yang baru.
Seterusnya, carilah bahan bacaan yang dapat membina diri kita. Bukan hanya bahan bacaan mengenai cinta atau tips memperbetulkan hubungan cinta yang telah retak itu. Namun carilah sesuatu bahan yang boleh membuka minda kita tentang kasih sayang Allah kepada kita. Apabila sesuatu bahan bacaan itu membuatkan kita bermotivasi dan bersemangat, maka bacalah ianya berulang kali kerana adakalanya diri kita ini kembali rebah dan bersedih. Justeru, jadikan bahan bacaan itu sebagai satu inspirasi untuk kita bangun dan berjuang untuk kehidupan ini.
Kemudian apabila kita kecewa seperti ini, kita pasti akan merasa untuk menangis, meratapi dan bersedih. Ya, kerana saya juga pernah melalui semua ini. Persilakan untuk anda menangis dan bersedih itu. Tapi, jangan pula berlarutan. Sibukkanlah diri kita dengan sesuatu yang bermanfaat seperti study, beriadah dan buatlah sesuatu yang mampu menenangkan hati. Jangan terus berada dalam lingkungan kesedihan dan kekecewaan. Sedih dan kecewa itu perkara biasa untuk kita sebagai manusia. Namun, apabila saya sedih, saya selalu ingat yang Allah bersama saya. Ya, Dia tidak hanya bersama saya, tapi juga bersama kita semua. Ingat, senjata utama seorang mukmin itu adalah doa. Justeru, perbanyakkan doa.
Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya. Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan. Semua ini tak mudah. Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan kita? Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana? seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita. Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu “KEIKHLASAN”. Ya, ikhlas lah. Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini. Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan. Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini. Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita. Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita? Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya? Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya”. Jika anda bertanya, Mengapa? Jawabnya pemikiran manusia ini terbatas, kita tidak tahu sesuatu yang ghaib melainkan Allah Maha mengetahui. Kemudian, ikhlas lah dan yakinlah setiap apa yang kita lakukan sama ada baik atau buruk, Allah pasti akan membalasnya. Sematkan ini juga di hati kita. Kita tak boleh lemah.
Jagalah hubungan kita dengan Allah, Banyakkan zikir. Singkapkan kembali definisi cinta yang kita terapkan di minda dan jiwa kita. Jika benar mencintai, bukan dengan cara ber dua-duaan. Couple atau coupling bukan syarat untuk mengatakan dia adalah jodoh kita. Ramai yang ber couple tetapi selepas nikah setahun dua, dah bercerai. Adakah itu di namakan jodoh? Wallahua’llam. Ya, putus cinta atau cinta di tolak ini memberi impak yang amat besar untuk saya dan saya tahu, untuk anda juga.Jadisama-samalah kita muhasabah diri. ingat, setiap kesulitan pasti akan di sertakan dengan kemudahan. peganglah pada janji-janji Allah. Dia sentiasa dekat dengan kita. Sebagai penutup kita renungkan maksud ayat di bawah ini;
“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” [Surah At-Talaq ayat 2-3].

Tuesday, 28 January 2014

menghilangkan diri

hai blogger semua..harini sy bru berkesempatan berceloteh kt blog sy..sbb dh 2 hari sy bz..sy bz dgn menghadiri seminar praktikal accounting kat setiawangsa ..asalnya progam nie nat buat kat wisma sejarah tpi tak jadi pulak..seriusly program nie sgt bermanfaat..bnyk ilmu yg sy dpt dlm program tuh antaranya MYOB program, SPEAKING language, cmne nak buat resume, cmne nak pegi interview n bnyk lagi..nk citer sumer smpai esok pn tak abis..hehe
nie da sikit gmbar kenangan di sana
Photo: :)

Jalan Yang Perlu Ditempuh

Kelemahan dan ketidakupayaan diri dalam menyelesaikan masalah-masalah yang menghimpit hidup tidak seharusnya menjadi sebab untuk meranapkan tangga-tangga harapan bagi mengecap masa depan yang lebih cerah. Lemah tidak menandakan kita perlu putus asa walaupun berasa diri sudah kehilangan makna bagi meneruskan hidup anugerah Allah ini. Sekiranya persepsi begitu diprogramkan dalam benak, senang sekali cara penyelesaiannya. Tiadalah wujud istilah ‘berjuang’ dan ‘jihad’ dalam kamus kehidupan seseorang muslim.
Seandainya seseorang itu mempunyai kematangan dalam bereaksi dengan kesulitan hidup ini, ‘lemah’ akan diberikan kesimpulan agar ‘perlu usaha lebih gigih’ dan bukan pula akan ditafsir sebagai ‘gagal’, bahkan seharusnya ditafsir sebagai ‘belum berjaya’. Jika kita perhatikan betul-betul, bukankah istilah ‘gagal’ dan ‘belum berjaya’ terdapat perbezaan maksud yang ketara? Kata hukama’, “Kegagalan sebenar bukan ketika kau jatuh dan tewas dalam suatu usaha , tetapi ketika kau sudah berputus asa untuk bangkit kembali.” Seringkali emosi kesedihan melupakan kita terhadap firman Allah ini, “Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya.”
Meletakkan daya keterbasan dalam usaha dan kegigihan merupakan satu tindakan yang menyebabkan kita melihat ketidakupayaan diri itu sebagai suatu kelemahan hakiki walhal tidak. Meskipun kita tidak menafikan antara bentuk kelemahan manusia adalah mempunyai had dan batas daya upaya, tetapi adakah kita tahu dimana had dan batas itu? Ternyata tidak. Kegagalan dan kelemahan dalam perkara-perkara yang seolah-olah sulit untuk diselesaikan tidak menandakan kita sudah sampai kepada had kita, sebaliknya memberitahu kita dimana kesilapan yang perlu diperbaiki dan diberi tambah baik untuk melepasi had sebelumnya. Daripada situ kita akan melihat “Kesempurnaan manusia berselindung disebalik ketidaksempurnaannya.” Kerana kesedaran terhadap sifat tidak sempurna inilah mendorong kita untuk sentiasa menuju sempurna.
Cuba kita mengkaji latar kehidupan orang-orang yang berjaya, mereka lebih banyak menghadapi kegagalan berbanding orang-orang yang gagal! Ini bukan sesuatu yang ironi, ini sesuatu yang masuk akal dan rasional. Hal ini kerana mereka telah mengumpulkan tenaga dan kekuatan melalui pengalaman yang banyak dan mengkaji serta belajar cara untuk mengatasi titik-titik kelemahan tersebut dengan teliti bagi terus mencari jalan untuk sampai ke puncak. Hal ini tidak lain dan tidak bukan memerlukan azam dan semangat tanpa padam agar langkah-langkah menuju puncak itu sentiasa konsisten.
Fikirkan pengajaran ini baik-baik. Kegagalan adalah berpunca daripada kelemahan diri dalam mengendalikan sesuatu perkara, walaupunbegitu kegagalan juga merupakan platform untuk kita mengatasi kelemahan diri tersebut. Kita tidak akan jumpa seseorang yang mencapai hidup senang tanpa pernah melalui sebarang kesulitan dan kegagalan. Bahkan kegagalanlah yang mengajar mereka erti berdikari dan matang.
Jika kita menyelak kembali satu per satu lembaran sejarah sekalipun, manusia-manusia genius yang pernah dan masih wujud di atas muka bumi ini tidak semua yang mengecap hidup senang dengan cara yang senang. Sebaliknya ada hidup mereka lebih sulit untuk mencapai kesenangan. Seorang gadis yang dahulu terkenal kerna geniusnya dia, bila dihantar belajar ke luar negara menjadi pelacur. Seorang pemuda yang sangat genius dalam matematik waktu kecilnya, apabila dijejaki kembali kini hanya bekerja sebagai penebar roti canai. Genius tidak memberi kelebihan pun seandainya diri tidak bijak untuk bersikap reflektif secara kreatif dan kritis terhadap masalah dunia yang semakin mencabar. Tiada apa yang mampu menjadikan kita istimewa melainkan usaha dan kegigihan. Allah itu adil. Semua manusia adalah sama.
“Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum selagi kaum itu tidak berbuat usaha untuk mengubah diri mereka sendiri” Ar-Ra’ad 13 : 11
“Bulat tidak datang bergolek, pipih tidak datang melayang”, pepatah ini jelas mengatakan bahawa beginilah lumrah dunia yang harus ditempuh. Segalanya bergantung pada pilihan diri dan usaha kita sendiri. Tiada rezeki dan kejayaan yang datang secara tiba-tiba. Usaha pula perlu kepada keazaman dan tekad yang kuat. Paling penting keyakinan dan kepercayaan kita kepada rahmat Allah yang sentiasa menaungi! Allahlah yang beri senang dan susah. Justeru usaha yang gigih harus tidak mengetepikan doa dan tawakal kepada Allah. Kejayaan juga bukan akan kekal, pasti ia akan silih berganti dengan kegagalan. Dan akhir sekali, kita pilih hendak ke Syurga atau Neraka berdasarkan apa yang telah kita usahakan. Kita yang melukis takdir akhir kita.
Tidaklah Allah menghidangkan semua ini untuk main-main namun Dia ingin menguji siapakah di antara hamba-hambaNya ini yang betul-betul ikhlas mengabdikan diri kepadaNya. Sekiranya Allah ingin menjadikan seluruh manusia ini hidup selesa tanpa kesusahan, memperoleh iman tanpa kepayahan dan mujahadah, hal itu tidaklah susah bagi Allah. Cuma nanti tiadalah beza manusia dan malaikat. Sedangkan usaha, kegigihan dan mujahadah inilah yang membuatkan kita lebih mulia daripada malaikat kerana kita mencari iman melalui ilmu dan ketekunan diri dengan niat yang benar. Ya. Hanya niat yang benar (kerana Allah) sahaja akan membuatkan manusia tidak putus asa bagi mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Kerna pekerjaan dilakukan semata-mata mencari keredhaan Allah, bukan demi kepuasan diri yang sebenarnya cintakan dunia.
Wallahu Ta’ala Alam~

Fitrah Sebuah Kehidupan

Perpisahan.
Apa yang istimewanya perpisahan ini sampaikan terlalu banyak orang bercakap tentangnya? Di mana lebihnya perpisahan ini sehingga banyak airmata gugur kerananya?
Bukankah pertama kali kita dipertemukan oleh Allah swt, kita telah tahu kita akan berpisah? Bahkan sebelum bertemu lagi kita sudah tahu akan fitrah ini. Tapi mengapa?
Mari semua. Mari bayang wajah-wajah orang-orang yang paling kita sayang dan cinta. Senaikan nama-nama mereka si atas satu kertas, dan simpan dalam dompet supaya senang dibawa kemana-mana. Lihat. Nescaya sampai satu ketika, kertas itu akan dilupakan kewujudannya.
Bila diingati semula nanti, hati mungkin akan terusik dek kenangan. Kenangan tentang airmata yang pernah tumpah, tentang senyum yang pernah terukir, tentang cinta yang pernah ada.
Bila diingat semula nanti, kertas itu sudah menjadi rapuh, kekuningan, hampur koyak, dan hati kita tak akan lagi berfikir tentang isinya. Cuma yang harus kita fikirkan – apa kesannya untuk perjalanan hidup kita? Untuk Dunia dan Akhirat kita? Sedikit sekali. Atau mungkin memang tiada…
Resam air.
Di dunia, air bersifat lembut dan menyenangkan. Bila ia mengena tubuh kita, saat kita bangun dari lena dan bersuci, ternyata ia melegakan. Tubuh jadi segar dan hati jadi bersemangat untuk memulakan hidup yang baru.
Di dunia juga, bila kita diuji dengan kesedihan, kita seperti seorang yang terjaga dari tidur. Tubuh yang tidak bermaya, semangat yang pudar, seakan dikejut oleh luahan airmata. Terasa lega bila dapat melepaskan sesuatu yang terpendam tanpa perlu berkata-kata.
Ada orang mengambil semangat dari airmata. Fitrah.
Tidakkan Rasulullah saw mengalirkan airmata di saat kematian kematian anak, isteri, dan bapa saudara Baginda? Fitrah.
Manusia diciptakan lemah dan pelupa, jadi kita selalu berdosa. Atas dasar ini, para ulama tidak malu untuk hidup dengan airmata. Airmata yang mengalir kena pada tempat, tepat pada ayat, lantas membuatkan mereka kuat.
Kita bukan Nabi untuk jadi manusia sempurna. Kita tidak terpelihara dari dosa. Kita tak kuat untuk mengaku begitu tabah dan ego untuk tidak menangis. Kita hanya pendatang biasa yang singgah sebentar di Dunia. Dalam perjalanan ini, kita mungkin bertem dengan pelbagai ragam. Akan ada rasa sayang di setiap tempat yang kita ukirkan. Pada beberapa benda yang berharga menurut pandangan kita, kita akan tumpahkan cinta padanya.antara benda berharga itu adalah manusia.
Klau dilihat dari sudut dunia, semakin kita beri semakin kita akan kekurangan. Seperti gelas yang diminum airnya, ruang-ruang kosong di dalam gelas itu juga akan kurang. Sebelum kita menumpahkan air mata, fikirkan apa urusan kita – Dunia dan Akhirat.
Adakah di Akhirat, ia akan kekal dengan sifat airnya yang tenang dan memadamkan? Mampukah air mata tadi memadamkan api-api neraka jika ia bukan tumpah untuknya? Air hanya berguna jika disimbah untuk memadamkan api.Bukan di semua tempat air memadam dan menenangkan. Ada ketika, air tidak boleh memadamkan bahkan api semakin lahap dan lahab (menjulang). Orang yang terluka dan cedera juga tak boleh terkena air.
Syariat memahami. Lalu memberi kelonggaran untuk menggunakan debu sebagai ganti. Dari sudut mana debu itu nampak bersih, apatahlagi membersihkan? Jauh lagi menghembuskan ketenangan. Lalu untuk apa?
Hikmah Yang Tersirat.
Sepertimana kita tak tahu hakikat debu itu sehingga boleh menggantikan air, kita juga takkan tahu banyak benda. Kita bahkan tak ada kekuatan untuk memahami keperluan diri. Lalu bila Allah sempurnakan sesuatu untuk kita, tak perlu kita membantah.
Mungkin antara hikmahnya, Allah swt ingin kita jadi seorang hamba yang mengaku hamba. Bila disuruh buat, kita mesti taat! Ketahui, dan percaya bahawa kehidupan ini urusan Allah swt.
Perpisahan ini, walau menyedihkan, walau menumpahkan air mata, sama-sama kita berpesan. Jangan sampai kita jadi seperti si jahil yang cuba mempersoal;
“Untuk apa pertemuan, kalau kita ditakdirkan untuk berpisah”

Friday, 22 November 2013

DUIT RM 100 & RM 1



RM 1 : Aku cemburu dengan kau
RM 100 : Kenapa pulak?
RM 1 : Kau dipegang oleh orang2 kaya, dibelanja di tempat2 mewah. Semua orang menghargai kau. Tak macam aku..
RM 100 : Walaupun aku selalu dipegang oleh orang2 kaya tapi aku selalu dibawa masuk ke tempat2 maksiat, kelab malam, tempat main judi. Sebenarnya kau lagi beruntung. Aku cemburu dengan kau...
RM 1 : Kenapa pulak?
RM 100 : Walaupun aku dihargai semua orang, di bawa masuk ke tempat2 mewah, tapi aku jarang sekali dapat masuk dalam tabung masjid...

saje je suka-suka..hehe

Playboy Itu suami Aku " tapi " Sebenarnya Saya Isteri Dia ", walaupun aku " Kampung Girl " dan aku janji akan " Setia Hujung Nyawa " sebab " I Love You Mr Arrogant " dan biarkan cinta kita seperti " Cinta Jannah ". Percintaan ini sama dengan " Jodoh itu milik kita " seperti "Adam dan Hawa " yang tetap " Kau dan Aku " sama juga dengan " Ombak Rindu " yang sering merinduimu di setiap " Teduhan Kasih " mu. Percintaan kita akan keluar di "Buletin Utama" sambil makan " Vanilla dan Coklat " juga " Strawberri dan Karipap ". Biar kita gelak macam " Haa, kan dah kena " dan rakyat tidak akan menukar channel " Diandra " kerana buktinya kita menjadi " Lagenda budak Setan " kerana tukar hawa nafsu mereka ke channel lain. Biar mereka tahu yang kita comel macam " Hagemaru " dan " Upin Ipin " 

Salam penghulu segala hari,jumaat yg berkat inhaa.Allah.jgn lupa amalkan sunnah2 Nabi SAW.

Besarnya keikhlasannya...

Kesilapan fesyen buatkan wanita nampak tua



Fesyen itu secara zahirnya, membabitkan pakaian yang kita pakai, tarian yang kita tarikan, kereta yang kita pandu, gaya potongan rambut serta pelbagai aspek lain. 
Asasnya fesyen itu dapat mempengaruhi gaya hidup dan memberikan kesan pada setiap peringkat kehidupan. 
Namun sedarkah anda jika tersilap dalam berfesyen boleh menyebabkan anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar dan disini ada beberapa faktor kesilapan fesyen yang boleh membuatkan seorang wanita itu lebih tua dari umur sebenarnya. 

Cara anda berpakaian
Kalau boleh sebelum ingin menggayakan sesuatu pakaian mintalah pendapat dan nasihat dari kawan kerana kadangkala mereka dapat membantu anda mencari pakaian yang secocok dan sesuai mengikut trend semasa. Yang penting banyakkan membaca majalah dan info berkaitan fesyen agar anda boleh membezakan dan mengetahui apakah fesyen terkini yang kena untuk anda gayakan. 

Menggunakan alat solek berlebihan
Mimpi ngeri buat si jejaka jika melihat si wanita idaman memakai mekap terlalu tebal yang mana pasti kelihatan seperti orang tua . Elakkan dari memakai mekap terlalu banyak dan berlebihan kerana mekap itu sebenarnya menyembunyikan kecantikan anda, sebaiknya jadilah 'natural beauty' iaitu kurangkan mekap tetapi lebihkan senyuman yang mana senyuman manis yang terukir pastinya membuatkan wajah korang muda dan jelita. 

Mengabaikan penggunaan krim pelindung sinaran UV
Pancaran matahari sememangnya membekalkan vitamin D tetapi sekiranya kulit korang terdedah terlalu lama ianya bukan sahaja menjadikan kulit anda kering dan tidak stabil bahkan ia juga merosakkan warna semulajadi yang mana menyebabkan kulit kelihatan berkedut dan tidak bermaya. Seeloknya sebelum keluar gunalah krim pelindung sinaran UV dan elakkan dari berjemur di bawah pancaran matahari yang terik. 

Penggunaan aksesori lama
Penggunaaan aksesori lama seperti barangan perhiasan gelang, rantai dan sebagainya perlulah dijauhi kerana korang haruslah peka dan 'up to date' dengan gaya terbaru terutamanya apabila berkaitan dengan beg tangan, jenis pakaian, warna terkini dan aksesori terbaru yang dijual. Berbelanjalah lebih sedikit untuk kelihatan elegan dan anggun kerana hasilnya pasti korang menjadi perhatian si jejaka yang tertarik dengan fesyen yang korang gayakan itu. 

Gabungan warna / kombinasi warna
Gabungan dan kombinasi warna yang salah seperti warna berwarna-warni dan tidak teratur boleh melihatkan struktur badan dan kulit anda kelihatan lebih tua. Sebaiknya janganlah pilihlah warna yang pudar kerana ia tidak sesuai dengan jiwa muda dan remaja anda. 

Pakaian itu melambangkan personaliti dan juga merupakan aset terpenting untuk korang tampil menawan, feminin dan ayu sentiasa. Ini kerana setiap gaya dan pakaian itu haruslah memaparkan imej korang tersendiri kerana kadangkala 'first impression' seseorang itu terletak pada bagaimana korang berpakaian. 


Ketahuilah cara solekan, dandan rambut itu semua haruslah dijaga rapi untuk memastikan korang kelihatan muda setiap hari kerana dirimu berharga.

Al-Fatihah buat Almarhum Ahmad Ammar. Pemuda Malaysia yang mati Syahid. Ahmad Ammar dalam kenangan :')

Al-Fatihah utk Ahmad Ammar...sebenarnya aku pun baru tahu pasal almarhum ahmad ahmad setelah aku baca status tweet kawan baik aku, dilah n seorang kawan wechat aku pasal arwah..aku pun terasa tertarik untuk mencari info pasal beliau..di sini ada beberapa info yang aku dapat daripada apa yang aku baca..sungguh mulia arwah nie..kt Fb dan dunia sekarang ramai membicarakan mengenai Ammar. siapa Ammar? pada pandangan aku, sesungguhnya beliau seorang lelaki yang mengabdikan dirinya di jalan Allah & baginda dengan membuat aktiviti sukarelawan dan macam2 lagi. beliau, ya beliau sesungguhnya telah buat aku cemburu dengan apa yang beliau kecapi. bayangkan di usia muda, 20 tahun! ya, 20 tahun. muda kan? arwah disemadikan di Turki. di tempat sahabat2 baginda Rasullullah S.A.W di kebumikan. ada yang berkata arwah mendapat syahid yang tertangguh sbb beliau meninggal kerana dilanggar ambulans ketika hendak melintas jalan.sbb apa mereka berkata beliau mendapat syahid yg tertangguh? kerana beliau bercita-cita untuk mati Syahid, dengan melaksanakan apa yang beliau mampu untuk ummat Muhammad S.A.W..

Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Di bumi Indo-China (Kampuchea) pun ada yg bertanyakan tentang arwah.

aku? cemburu, ya, sangat2 cemburu & malu dengan diri sendiri. aku x mampu buat lagi seperti beliau even aku pn selalu share pasal isu2 yang berlaku ttg umat Islam di dunia, tp ak x mampu jadi seperti beliau lagi. ya, before Ammar meninggal, aku pernah termenung dan memikirkan, apa yang aku boleh buat untuk bantu umat Islam yang tertindas? aku teringin menyumbang tenaga membantu, tp ada benda yang menyekat. mmg, kita boleh bantu dari segi material & doa, tp sekiranya bantuan tenaga dapat diberikan, insyaAllah ianya kepuasan bagi aku. (if you guys do think that i just give a bla bla bla without intend to do it, go on :) )

 Begitu hebat penangan assyahid Ahmad Ammar. Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yg ada. InsyaAllah 


Yg nak tahu kisah Ahmad Ammar boleh klik link kat bawah ni. Luangkanlah sikit masa. Menitis air mata pun tak mengapa.


"Kami menghantar anakanda kami ke bumi AlFateh bagi mempersiapkannya untuk umat. Rupa2nya Allah mempersiapkannya untukNYA." - Puan Nur Azlina (bonda Allahyarham Ahmad Ammar)

"SubhanaLlah, AlhamduliLlah, ALlahu Akbar! Tiada ku duga pemergian Ahmad Ammar telah menghidupkan begitu banyak jiwa. Aku merasa begitu kerdil tika di tanyakan apa formula bagi mempersiapkan Ammar begitu rupa! Jujur aku katakan, sumbangan aku terlalu sedikit. Sekadar meletakkan visi dan misi yang aku impikan kepadanya. Rupanya, apabila ku nawaitukan anak ku ini untuk ALlah dan RasulNYA, perancangan ALlah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku membayangkannya. Apalagi untuk memahaminya. Pemergian Ammar mengajar aku banyak perkara mengenai KEBESARAN ALLAH ! Terima kasih Ya ALlah !" - Tuan Haji Ahmad Azam (ayahanda Allahyarham Ahmad Ammar)


di sini ada serba sedikit tentang arwah

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. 

Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.



Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.



Berikut adalah perbualan terakhir allahyarham bersama kakaknya...

Photo: salam sahabat2...
Sekadar perkongsian rasa..



Photo: #letsfollowAmmar 

Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Di bumi Indo-China (Kampuchea) pun ada yg bertanyakan tentang arwah. Begitu hebat penangan assyahid Ahmad Ammar. Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yg ada. InsyaAllah 

Yg nak tahu kisah Ahmad Ammar boleh klik link kat bawah ni. Luangkanlah sikit masa. Menitis air mata pun tak mengapa.

http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE&feature=share

"Kami menghantar anakanda kami ke bumi AlFateh bagi mempersiapkannya untuk umat. Rupa2nya Allah mempersiapkannya untukNYA." - Puan Nur Azlina (bonda Allahyarham Ahmad Ammar)

"SubhanaLlah, AlhamduliLlah, ALlahu Akbar! Tiada ku duga pemergian Ahmad Ammar telah menghidupkan begitu banyak jiwa. Aku merasa begitu kerdil tika di tanyakan apa formula bagi mempersiapkan Ammar begitu rupa! Jujur aku katakan, sumbangan aku terlalu sedikit. Sekadar meletakkan visi dan misi yang aku impikan kepadanya. Rupanya, apabila ku nawaitukan anak ku ini untuk ALlah dan RasulNYA, perancangan ALlah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku membayangkannya. Apalagi untuk memahaminya. Pemergian Ammar mengajar aku banyak perkara mengenai KEBESARAN ALLAH ! Terima kasih Ya ALlah !" - Tuan Haji Ahmad Azam (ayahanda Allahyarham Ahmad Ammar)

nie lah serba sedikit info yang aku dapat untuk di kongsi an bersama-sama..

alfatihah untuk almarhum

semoga arwah di tempat di dalam golongan orang yang beriman

insyallah, amin