
salam n hi blooger semua..hari nie sy nak kongsi sesuatu dengan korang semua..
sy nak kongsi dengan korang pasal telur..mesti korang tertanya2 kenapa sy nak cakap pasal telur..kalau nak tahu lebih lanjut baca lah artikel nie..
sy harap korang enjoy yea..hehe
Telur adalah salah satu makanan yang paling mudah untuk ditemui di mana-mana. Namun tahukah korang bahawa telur yang biasa korang makan setiap hari memiliki banyak manfaat dan kegunaan yang baik untuk tubuh badan, dan juga boleh dimanfaatkan untuk kecantikan.
- Telur menghilangkan jerawatUntuk menghilangkan jerawat mudah sahaja. Caranya gunakan putih telur dan sapukan di wajah korang, kemudian biarkan selama beberapa minit sebelum bilas. Ia bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat, malah ia akan membuat kulit lebih lembut dan anjal.
- Baik untuk mataTelur juga mempunyai khasiat yang bagus untuk mata. Ini kerana Karotenoid yang ada pada kuning telur, khususnya Karotenoid lutein danzeaxanthin, sangat bermanfaat bagi kesihatan mata. Menurut para penyelidik, Karotenoid dapat menurunkan risiko penyakit 'age-related degeneration' dan katarak. Zat ini berfungsi sebagai antioksidan untuk mata, melawan radikal bebas yang dapat meresap ke beberapa bahagian pada retina sehingga dapat mempengaruhi kemampuan mata untuk fokus.
- Menjaga berat badan agar tetap sihat
Telur adalah sumber terbaik dari protein lengkap yang mengandungi semua asid amino esensial bagi tubuh manusia. Telur dapat membantu mengawal tubuh menyerap kalori. Telur mempunyai kandungan gizi yang tinggi dan baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.
- Telur baik untuk rambut dan kuku
Telur juga mampu menjaga kesihatan rambut dan kuku anda kerana telur mengandungi sulphur yang tinggi, dan mempunyai pelbagai vitamin serta mineral.
okay itu lah serba sedikit yang boleh sy kongsi dengan korang semua..hehe :)
No comments:
Post a Comment