Wednesday, 23 October 2013

tips sorok kelemahan dalam berfesyen

Setiap insan pasti mengimpikan badan yang cantik, ramping dan tinggi namun hakikatnya tiada yang sempurna di muka bumi ini. Namun, dengan penggayaan fesyen yang bijak dan betul ianya mampu untuk menyembunyikan kelemahan-kelemahan seperti perut buncit, kurang tinggi dan sebagainya. 
Contohnya, bagi mereka yang memiliki badan yang berisi, jenis fesyen yang boleh digayakan ialah dengan skirt atau seluar yang bersaiz besar seperti baju labuh kerana ia mampu menonjolkan ilusi ramping pada diri korang ketika menggayakan dan sesungguhnya setiap wanita itu adalah cantik dan hanya perlu tahu dan cara untuk mencantikkannya. 
Di sini ada beberapa tips yang boleh di praktiskan untuk menutupi kelemahan: 

Tip yang pertama sekiranya korang seorang yang pendek dan mahu kelihatan tinggi, seelok-eloknya elakkan dari memakai gaun atau seluar yang berpotongan besar kerana skirt dan seluar yang besar akan menampakkan anda kelihatan lebih pendek. Tambahan pula, kemeja dan blaus yang panjang juga boleh menonjolkan kelemahan anda. Kepada lelaki yang pendek, korang boleh menggayakan aksesori seperti topi dan potongan rambut yang sesuai juga boleh menampakkan korang lebih tinggi. 

Tip kedua ialah jika korang mempunyai pinggul yang lebar dan besar, cara terbaik untuk menyorok kelemahan anda itu ialah dengan dengan pemilihan seluar yang tidak ketat dan elakkan juga dari memakai baju yang terlalu singkat kerana pemilihan seluar yang ketat tidak sesuai dipakai bagi mereka yang mempunyai pinggul yang lebar. 

Tip ketiga jika korang mempunyai perut yang buncit, korang bolehlah memilih rona pakaian atau warna baju yang gelap kerana ia dapat membuatkan korang kelihatan lebih ramping tanpa menggunakan korset. Rona pakaian hitam atau gelap mampu memberikan kesan 'slimming effect' kepada anda. Selain itu, perut buncit juga turut dialami oleh kaum lelaki dan kepada kaum adam elakkan 'tuck in' baju anda kedalam kerana cara itu ia akan menyerlahkan lagi kebuncitan anda. 

Harus diingatkan pemilihan gaya berfesyen bukan sekadar mengikut trend terkini tetapi juga kesesuaian diri dengan padanan busana agar tidak kelihatan pelik dan tidak perlu berbelanja lebih semata-mata ingin mendapatkan fesyen diingini kerana jika diberikan sedikit penambahan dan pengubahsuaian, ia mampu menyerlahkan kelebihan penampilan dan keistimewaan yang anda ada. Selamat mencuba!

No comments: