x kemana pn klu sombong!
sifat
sombong merugikan..Apabila kita tidak berilmu, kita harus mengamalkan
sifat merendahkan diri untuk belajar. Kita tidak boleh menjadi orang
sombong, kerana dengan kesombongan itu, kita akan menjadi orang bodoh.
Sekalipun seseorang itu mempunyai ilmu yang mencapai tahap ijazah
kedoktoran (PhD), jika dia sombong, ijazah kedoktorannya itu tidak akan
menjadikan dia lebih bijaksana. Hal ini kerana,
orang sombong dengan ilmunya tidak akan suka ditegur dan dibetulkan.
Dia merasakan dirinya sentiasa benar dalam semua perkara. Maka jika dia
tersalah, dia akan kekal dalam kesalahan itu. Dia juga tidak suka
menadah ilmu daripada orang yang dirasakannya lebih rendah tahap
ilmunya. Maka ilmunya tidak akan meningkat dan berkembang, tetapi akan
beku atau hanya menjurus pada satu-satu bidang yang dia pakar sahaja.
Lain halnya dengan ahli ilmu yang tawaduk atau merendah diri. Seorang
yang tawaduk akan sanggup menadah ilmu daripada siapa saja. Dia juga
rela ditegur dan dikritik. Kepada orang yang merendah diri, Allah akan
berikan padanya hati yang lapang, fikiran yang cerdas dan perasaan yang
tenang untuk mendapat ilmu yang banyak.
Ilmu akan meninggikan
darjat seseorang di sisi Allah dan manusia tetapi dengan syarat, orang
itu merendah diri. Namun sekiranya dia angkuh, tunggulah, ilmu itu yang
akan menghenyaknya ke bawah. Ingatlah, rasa tidak berilmu adalah
pakaian peribadi orang yang benar-benar berilmu.
No comments:
Post a Comment